Friday, January 16, 2009

TUNAS EHSAN credo - pada asasnya belakang parang sekalipun jika diasah lagikan tajam!



Mat Shakespeare going for the Best Mimic award....

Meningkatkan tahap membaca dan menulis melalui Kelab TUNAS EHSAN

Pembelajaran yang berkesan hanya boleh bermula dari keupayaan pelajar membaca dan menulis, dan keupayaan ini biasanya lahir dari latih amal berterusan. Kelab TUNAS EHSAN meningkatkan tahap membaca dan menulis atau celik huruf cara mudah sebagai suatu kaedah ‘campur tangan’ berbentuk tambahan. Kelab TUNAS EHSAN bertujuan memperkayakan kurikulum sedia ada dan menyelamatkan mereka yang terkebelakang dalam proses pendidikan, sambil sekaligus membina dan mempertingkat keupayaan pelajar teratas.

Ia boleh mengganti budaya tusyen yang dilalui pelajar hari ini apabila dipaksa mengulang bahan sama seperti di sekolah, yang dipelajari untuk peperiksaan semata-mata tanpa memberi tumpuan pada ikhtiar mengatasi mana-mana kelemahan atau masalah pembelajaran mereka. Ia juga menjejak kurikulum rasmi sambil menambah waktu belajar kerana pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh mencari ruang masa untuk menguasai bahan yang ditetapkan.

Tiada ragu lagi guru merupakan portal terbaik apabila dapat bertindak sebagai fasilitator dalam proses pendidikan dengan menggalak dan menyediakan suasana bagi persekitaran pembelajaran yang lebih mencabar.

Portal ini memperkenalkan rangka kaedah bagi menaikkan tahap mutu celik huruf di sekolah melalui penubuhan Kelab TUNAS EHSAN. Kelab ini bertindak sebagai pemacu program bimbingan sesama rakan, yang digerakkan ke arah aktiviti membaca dan menulis secara meluas. Tentunya kesemua pelajar dilibatkan, kerana bukankah kita berdosa kiranya sebahagian daripada mereka diabaikan?

Pada asasnya belakang parang sekalipun jika diasah lagikan tajam!

SILA BACA SETERUSNYA...

Kami mensasarkan laman web ini khusus kepada para guru dan ibubapa yang sedang mencari ikhtiar tentang bagaimana menaikkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris anak-anak sekolah, atau yang sedang mencari kaedah yang boleh merumuskan kebelengguan serta yang tertanya-tanya kenapa tiada pencapaian walaupun berbagai langkah pembaikan telah dilakukan.

Inisiatif Akademi Terrabaca boleh membantu mengenalpasti bahan yang sesuai untuk memulakan kaedah yang dicadang sebagai satu program "capacity building" bagi membantu pelajar menguasai bahasa dengan lebih berkesan sebelum mereka meninggalkan bangku sekolah. Hanya melalui penguasaan kemahiran bahasa yang mantap pelajar mampu memacu dan maju dalam semua matapelajaran lain.

Yang paling penting pelajar dapat mengatasi kesan negatif diakibatkan dari momokan betapa sukarnya Bahasa, mula berkeyakinan diri yang lebih tinggi dan dengan secara mendadak mengubah perspektif pembelajaran mereka.

Matlamat utama penubuhan Kelab TUNAS EHSAN ialah:

*
Membantu sekolah mewujudkan mekanisma pembacaan atau "install an ongoing reading mechanism into the learning culture" melalui Kelab TUNAS EHSAN yang merupakan aktiviti latihan berstruktur dan berdasarkan kaedah "the student is the syllabus". Ianya satu kaedah yang mencari tahap sebenar pelajar kerana bahan bacaan yang dipilih merupakan "automatic diagnostic aid", yang kemudiannya memudahkan pemilihan bahan dan latihan yang tepat ke sasaran, serta mengubah pelajar dari sikap tidak minat membaca kepada mereka yang dipanggil "avid readers".

*
Sekolah boleh menggunakan Kelab TUNAS EHSAN sebagai persediaan pelajar mewakili sekolah dalam mana-mana aktiviti, misalnya mereka yang akan menyertai mana-mana pertandingan Bahasa. Selama ini sekolah begitu terikat dengan sebilangan kecil pelajar cerdas, apakala orang yang sama juga yang selalu disuakan mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan sebegitu. Kelab TUNAS EHSAN memperluaskan pilihan sekolah dan memberi ruang kepada pelajar lemah untuk menyertai setelah kelemahan diatasi.

*
Ia juga membantu ibubapa mengambil langkah pemulihan melalui kaedah yang memudahkan mereka memantau kemajuan pelajar kerana bahan yang digunakan digred mengikut tahap pelajar dan boleh ditambah beransur-ansur mengikut peningkatan keupayaan. Pelajar yang tertinggal dengan itu akan diberi perhatian lebih oleh rakan koc. Kerjasama PIBG dan sekolah melaksanakan Kelab TUNAS EHSAN merupakan prinsip teras program, iaitu ia tidak boleh membebankan kewangan sekolah, dan tidak juga mengganggu jadual sedia ada. Di harap kaedah ini akan memulakan tuisyen ala francais kampung (barefoot franchise) untuk menambah bilangan koc kerana sesiapa yang berminat boleh dilatih mengendalikan kumpulan Kelab TUNAS EHSAN di rumah untuk menampung dan mewujudkan kumpulan belajar bersama anak yang culas belajar. Aktiviti kumpulan penting untuk mewujudkan "group dynamism".

*
Ia dirangka sebagai program tambahan yang sekaligus mempunyai ciri-ciri pemulihan dan pengkayaan bagi mengisitambun kekurangan dan kelemahan dengan menggunakan pendekatan kemahiran membaca berstruktur, yang pasti menaikkan tahap kebolehbacaan serta pencapaian pelajar secara umumnya dalam pengajian mereka.

Melalui Kaedah coach-a-coach ini pelajar bukan sahaja dapat mencerna kemahiran membaca, malah telah sedia terbina dalam kaedah ini sistem penambahan automatik bilangan koc apakala program semakin matang. Salah satu dari kesan kaedah ini ialah bagaimana koc yang diberi tugas melatih begitu berjaya menaikkan pencapaian kemahiran diri tatkala melaksanakan program ini.

Hasil dari pengukuhan kemahiran baru ini, pelajar pasti akan mula menyayangi buku, dan biasanya ramai yang akan menawarkan diri untuk terus menjadi koc walaupun sudah selesai masa yang ditetapkan.

Kaedah Kelab TUNAS EHSAN

1. Setiap kumpulan bersepuluh akan beradu menghabiskan set bacaan yang ditetapkan di bawah bimbingan seorang koc atau pembantu koc yang dipilih oleh guru kelas dari kalangan ahli kumpulan.

2. Setiap kumpulan dalam kelas akan bertanding untuk melahirkan pembaca terbaik, dan mereka yang meningkat dalam pembacaan boleh memilih masuk kumpulan lebih baik yang digred ikut tahap A, B, C dan D.

3. Setiap pelajar akan berpeluang dilantik koc atau pembantu koc berdasarkan pencapaian dalam pembacaan serta jumlah jam yang mereka sumbangkan membantu rakan kumpulan yang masih lemah.

4. Penentuan markah akan berdasarkan kefasihan, penyebutan, usaha dan semangat kerjasama yang ditunjukkan setiap pelajar dalam menentukan tahap kumpulan.

5. Kaedah yang digunakan untuk latihan hendaklah kaedah coach-a-coach.

KAEDAH KELAB TUNAS EHSAN MEMASTIKAN MEREKA BELAJAR DALAM SUASANA KOMPETITIF KERANA ADA UNSUR PERLUMBAAN BAGI MENCAPAI TAHAP YANG DITENTUKAN, JUGA BAGI MENGEKALKAN MINAT BERLATIH, BESERTA SUASANA SERONOK DAN GEMBIRA MEREKA KERANA KEMAJUAN KETARA SELEPAS MENU MODUL BAHAN DIHABISI!

0 comments:

Post a Comment