Tuesday, December 22, 2009

PERKASA BAHASA PERTAMA PERKASALAH BAHASA KEDUA


Jangan ada yang tertinggal...
Pada asasnya belakang parang sekalipun jika diasah lagikan tajam!

Perlu juga diambil kira kesan aktiviti yang merangsang pelajar berlatih secara senyap-senyap sebagai persediaan, terutama dalam suasana kompetitif yang diwujudkan. Jadi aktiviti Kelab TUNAS EHSAN dilanjutkan melangkaui waktu sekolah kerana ahli-ahli berlatih untuk penyertaan English Coaching Games yang antara lain memerlukan setiap pasukan memilih dua ahli yang terbaik untuk merakamkan bacaan mana-mana dari 366 cerita itu, bagi dimuatnaik ke dalam portal AKADEMI TERRABACA.


" Kaedah ini merupakan penuras dan penyaring sistem sebutan Bahasa Malaysia Tinggi, menyediakan peluang dan ruang bagi pelajar menguasai sebutan alternatif pada loghat tempatan"

"Pembelajaran yang berkesan hanya boleh bermula dari keupayaan pelajar membaca dan menulis, dan keupayaan ini biasanya lahir dari latih amal berterusan. Kelab TUNAS EHSAN meningkatkan tahap membaca dan menulis atau celik huruf cara mudah sebagai suatu kaedah ‘campur tangan’ berbentuk tambahan. Kelab TUNAS EHSAN bertujuan memperkayakan kurikulum sedia ada dan menyelamatkan mereka yang terkebelakang dalam proses pendidikan, sambil sekaligus membina dan mempertingkat keupayaan pelajar teratas."


0 comments:

Post a Comment