Tuesday, December 22, 2009

RATA-RATA KAEDAH PELAJAR ITU LAH SILIBUSNYA

cuti sekolah nanti begini lagikah mereka?

BAGAIMANA CARA MENCAMBAH JURULATIH BAHASA TERBILANG DALAM MASA
PALING SINGKAT atau KAEDAH BAGI PEMBUDAYAAN KETRAMPILAN LITERASI

(in a voucherised age where the paid piper sings a different tune, or tuneless, so to speak)

PETIKAN DARI http://coach-a-coach.blogspot.com/

Early Reading and Writing Practice Stage

UPSR (PMR/SPM remedial)


1- Grading of first language skills using Utusan's Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysiabetulkan bunyi, nyahdialek dari bacaan

2- Hidden Grammar in read aloud mode- Ladybird's Key Word reading scheme 1 a - 12 c – bacaan bergred bagi memulih false beginners dan menyedia acuan grammar

3- Basic Literature in storytelling mode- Utusan's 366 Collection of Malaysian Folk Tales – memulakan bacaan second language mode bagi pertandingan

4- Grammar Practice- Times Educational Primary English for Malaysians 1A – 6 – Latih tubi baca dan tulis grammar berstruktur

5- Writing Practice- Longman's three-level Ready to Write series – latihan karang mengarang, English usage mode

EST Reading Stage UPSR (PMR/SPM remedial)

Barron's Maths Wizardry

Barron's Science Wizardry

Usborne's Puzzle Adventure Omnibus etc


"+ 1 koc yang dipilih "
merujuk kepada pelajar yang dipilih untuk latihan mula, berdasarkan
  1. pencapaian tertinggi peperiksaan akhir Darjah 5 mengikut gred purata kelas dalam Kertas 1 Bahasa Melayu (Pemahaman); diikuti
  2. pilihan guru kelas
  3. pilihan rakan sebaya
  4. telah lulus ujian lisan membaca dengan fasih 10 cerita dari buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia; dan melaksanakan tugas berikut apabila dipilih sebagai koc:
KAEDAH
1. Setiap kumpulan bersepuluh akan beradu menghabiskan set bacaan yang ditetapkan di bawah bimbingan seorang koc atau pembantu koc yang dipilih oleh guru kelas dari kalangan ahli kumpulan.

2. Setiap kumpulan dalam kelas akan bertanding untuk melahirkan pembaca terbaik, dan mereka yang meningkat dalam pembacaan boleh memilih masuk kumpulan lebih baik yang digred ikut tahap A, B, C dan D.

3. Setiap pelajar akan berpeluang dilantik koc atau pembantu koc berdasarkan pencapaian dalam pembacaan serta jumlah jam yang mereka sumbangkan membantu rakan kumpulan yang masih lemah.

4. Penentuan markah akan berdasarkan kefasihan, penyebutan, usaha dan semangat kerjasama yang ditunjukkan setiap pelajar dalam menentukan tahap kumpulan.

5. Kaedah yang digunakan untuk latihan hendaklah kaedah coach-a-coach.

"Kelab TUNAS EHSAN boleh dimulakan dengan bilangan maksimum 44 ahli dari pelajar tahun 6 yang akan menghadapi UPSR nanti. Ahli-ahli dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri dari 10 pelajar + 1 koc yang dipilih. Buku yang disyorkan, 366 A Collection of Malaysian Folk Tales [bagi pembacaan Bahasa Inggeris] dan Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia [bagi pembacaan Bahasa Melayu - prerequisite bagi coach] mengandungi 366 cerita-cerita pendek yang menarik bagi pelajar memilih, melatih baca berulangkali dan akhirnya mula merakam bacaan setelah lancar dan fasih.

Latihan Kelab TUNAS EHSAN di sekolah seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya 2 sesi seminggu, setiap sesi waktu minimumnya 90 minit (1 jam bacaan + 30 minit menulis, mengeja & lain-lain latihan), supaya setiap pelajar dapat membaca selama 6 minit seorang sambil mendengar bacaan rakan selama 54 minit yang selebihnya, secara kasar. Jadi pada kadar seminggu, setiap pelajar telah membaca selama 12 minit dan mendengar selama 108 minit, menjadikannya 2 jam seminggu latihan membaca dan 1 jam aktiviti pengukuhan.

Perlu juga diambil kira kesan aktiviti yang merangsang pelajar berlatih secara senyap-senyap sebagai persediaan, terutama dalam suasana kompetitif yang diwujudkan. Jadi aktiviti Kelab TUNAS EHSAN dilanjutkan melangkaui waktu sekolah kerana ahli-ahli berlatih untuk penyertaan English Coaching Games yang antara lain memerlukan setiap pasukan memilih dua ahli yang terbaik untuk merakamkan bacaan mana-mana dari 366 cerita itu, bagi dimuatnaik ke dalam portal AKADEMI TERRABACA."


"Membantu sekolah mewujudkan mekanisma pembacaan atau "install an ongoing reading mechanism into the learning culture" melalui Kelab TUNAS EHSAN yang merupakan aktiviti latihan berstruktur dan berdasarkan kaedah "the student is the syllabus". Ianya satu kaedah yang mencari tahap sebenar pelajar kerana bahan bacaan yang dipilih bergred dan menjadi "automatic diagnostic aid", yang kemudiannya memudahkan pemilihan bahan dan latihan yang tepat ke sasaran, serta mengubah pelajar dari sikap tidak minat membaca kepada mereka yang dipanggil "avid readers".

"Sekolah boleh menggunakan Kelab TUNAS EHSAN sebagai persediaan pelajar mewakili sekolah dalam mana-mana aktiviti, misalnya mereka yang akan menyertai mana-mana pertandingan Bahasa. Selama ini sekolah begitu terikat dengan sebilangan kecil pelajar cerdas, jadinya orang yang sama juga yang selalu disuakan mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan sebegitu. Kelab TUNAS EHSAN memperluaskan pilihan sekolah dan memberi ruang kepada pelajar lemah untuk menyertai semua aktiviti setelah kelemahan diatasi."

PERKASA BAHASA PERTAMA PERKASALAH BAHASA KEDUA


Jangan ada yang tertinggal...
Pada asasnya belakang parang sekalipun jika diasah lagikan tajam!

Perlu juga diambil kira kesan aktiviti yang merangsang pelajar berlatih secara senyap-senyap sebagai persediaan, terutama dalam suasana kompetitif yang diwujudkan. Jadi aktiviti Kelab TUNAS EHSAN dilanjutkan melangkaui waktu sekolah kerana ahli-ahli berlatih untuk penyertaan English Coaching Games yang antara lain memerlukan setiap pasukan memilih dua ahli yang terbaik untuk merakamkan bacaan mana-mana dari 366 cerita itu, bagi dimuatnaik ke dalam portal AKADEMI TERRABACA.


" Kaedah ini merupakan penuras dan penyaring sistem sebutan Bahasa Malaysia Tinggi, menyediakan peluang dan ruang bagi pelajar menguasai sebutan alternatif pada loghat tempatan"

"Pembelajaran yang berkesan hanya boleh bermula dari keupayaan pelajar membaca dan menulis, dan keupayaan ini biasanya lahir dari latih amal berterusan. Kelab TUNAS EHSAN meningkatkan tahap membaca dan menulis atau celik huruf cara mudah sebagai suatu kaedah ‘campur tangan’ berbentuk tambahan. Kelab TUNAS EHSAN bertujuan memperkayakan kurikulum sedia ada dan menyelamatkan mereka yang terkebelakang dalam proses pendidikan, sambil sekaligus membina dan mempertingkat keupayaan pelajar teratas."


Monday, December 21, 2009

TERUS MULA AJAR BACA, DAN HILANGKAN MOMOKAN

dari tarrabaca ke trybaca menuju terrabaca

"Kami mensasarkan laman ini khusus bagi para guru dan ibubapa yang sedang mencari ikhtiar tentang bagaimana menaikkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris anak-anak, atau yang sedang mencari kaedah yang boleh merumuskan kebelengguan serta yang tertanya-tanya kenapa tiada pencapaian walaupun berbagai langkah pembaikan telah dilakukan.

Inisiatif Terrabaca ini boleh membantu mengenalpasti bahan yang sesuai untuk memulakan kaedah yang dicadang sebagai satu program "capacity building" bagi membantu pelajar menguasai bahasa dengan lebih berkesan sebelum mereka meninggalkan bangku sekolah. Hanya melalui penguasaan kemahiran bahasa yang mantap pelajar mampu memacu dan maju dalam semua matapelajaran lain.

Yang paling penting pelajar dapat mengatasi kesan negatif diakibatkan dari momokan betapa sukarnya Bahasa, mula berkeyakinan diri tahap yang lebih tinggi dan dengan secara mendadak mengubah perspektif mereka mengenai pembelajaran."

Saturday, December 19, 2009

TERDAPAT SERIBU CARA MEMPERKASAKAN BAHASA DAN INI HANYA SATU DARINYA...



Kami mensasarkan laman ini khusus bagi para guru dan ibubapa yang sedang mencari ikhtiar tentang bagaimana menaikkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris anak-anak, atau yang sedang mencari kaedah yang boleh merumuskan kebelengguan serta yang tertanya-tanya kenapa tiada pencapaian walaupun berbagai langkah pembaikan telah dilakukan.

Inisiatif Terrabaca ini boleh membantu mengenalpasti bahan yang sesuai untuk memulakan kaedah yang dicadang sebagai satu program "capacity building" bagi membantu pelajar menguasai bahasa dengan lebih berkesan sebelum mereka meninggalkan bangku sekolah. Hanya melalui penguasaan kemahiran bahasa yang mantap pelajar mampu memacu dan maju dalam semua matapelajaran lain.

Yang paling penting pelajar dapat mengatasi kesan negatif diakibatkan dari momokan betapa sukarnya Bahasa, mula berkeyakinan diri tahap yang lebih tinggi dan dengan secara mendadak mengubah perspektif mereka mengenai pembelajaran.

Matlamat utama penubuhan Kelab TUNAS EHSAN ialah:

*
Membantu sekolah mewujudkan mekanisma pembacaan atau "install an ongoing reading mechanism into the learning culture" melalui Kelab TUNAS EHSAN yang merupakan aktiviti latihan berstruktur dan berdasarkan kaedah "the student is the syllabus". Ianya satu kaedah yang mencari tahap sebenar pelajar kerana bahan bacaan yang dipilih bergred dan menjadi "automatic diagnostic aid", yang kemudiannya memudahkan pemilihan bahan dan latihan yang tepat ke sasaran, serta mengubah pelajar dari sikap tidak minat membaca kepada mereka yang dipanggil "avid readers".

*
Sekolah boleh menggunakan Kelab TUNAS EHSAN sebagai persediaan pelajar mewakili sekolah dalam mana-mana aktiviti, misalnya mereka yang akan menyertai mana-mana pertandingan Bahasa. Selama ini sekolah begitu terikat dengan sebilangan kecil pelajar cerdas, jadinya orang yang sama juga yang selalu disuakan mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan sebegitu. Kelab TUNAS EHSAN memperluaskan pilihan sekolah dan memberi ruang kepada pelajar lemah untuk menyertai semua aktiviti setelah kelemahan diatasi.

*
Ia juga membantu ibubapa mengambil langkah pemulihan melalui kaedah yang memudahkan mereka memantau kemajuan pelajar kerana bahan yang digunakan digred mengikut tahap pelajar dan boleh ditambah beransur-ansur mengikut peningkatan keupayaan. Pelajar yang tertinggal dengan itu akan diberi perhatian lebih oleh rakan koc. Kerjasama PIBG dan sekolah melaksanakan Kelab TUNAS EHSAN merupakan prinsip teras program, iaitu ia tidak boleh membebankan kewangan sekolah, dan tidak juga mengganggu jadual sedia ada. Di harap kaedah ini akan memulakan trend tuisyen ala francais kampung (barefoot franchise) untuk menambah bilangan koc kerana sesiapa yang berminat boleh dilatih mengendalikan kumpulan Kelab TUNAS EHSAN di rumah untuk menampung dan mewujudkan kumpulan belajar bersama anak yang culas belajar. Aktiviti kumpulan penting untuk mewujudkan "group dynamism".

*
Ia dirangka sebagai program tambahan yang sekaligus mempunyai ciri-ciri pemulihan dan pengkayaan bagi mengisitambun kekurangan dan kelemahan dengan menggunakan pendekatan kemahiran mendengar, membaca dan menulis berstruktur, yang pasti menaikkan tahap kebolehbacaan serta pencapaian pelajar secara umumnya dalam pengajian mereka. INI CARA MELONJAKKAN PELAJAR KE TAHAP BAHASA KEDUA, yang memerlukan kemahiran penggunaan bahasa dalam karang mengarang dan pertuturan.

Melalui Kaedah coach-a-coach ini pelajar bukan sahaja dapat mencerna dan menCERAP kemahiran membaca, malah telah sedia terbina dalam kaedah ini sistem penambahan automatik bilangan koc apakala program semakin matang. Salah satu dari kesan kaedah ini ialah bagaimana koc yang diberi tugas melatih begitu berjaya menaikkan pencapaian kemahiran diri tatkala melaksanakan program ini.

Hasil dari pengukuhan kemahiran baru ini, pelajar pasti akan mula menyayangi buku, dan biasanya ramai yang akan menawarkan diri untuk terus menjadi koc walaupun sudah selesai masa yang ditetapkan.

KAEDAH KELAB TUNAS EHSAN MEMASTIKAN MEREKA BELAJAR DALAM SUASANA KOMPETITIF KERANA ADA UNSUR PERLUMBAAN BAGI MENCAPAI TAHAP YANG DITENTUKAN, JUGA BAGI MENGEKALKAN MINAT BERLATIH, BESERTA SUASANA SERONOK DAN GEMBIRA MEREKA KERANA KEMAJUAN KETARA SELEPAS MENU MODUL BAHAN DIHABISI!