Monday, August 9, 2010

MANUAL COACH-A-COACH - beberapa catatan

Morning rush to prey -Tanjong Sura
[30" x 40" oil painting by terengganu artist S Jamal]
-from lang merah series courtesy galeri tangsi-



Manual on Coach-a-coach Extensive Reading Assistance Plan:
Lesson and Method Plan for Listening, Reading and Writing Practice Stage 1

[for Tahap 2 / UPSR (PMR/SPM remedial)]

1- Grading of first language skills using Utusan's Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia

Aktiviti berkumpulan bagi mengred terlebih dahulu kemahiran dalam bahasa pertama kerana

* set ini terbaik dan paling sesuai sebagai "class readers" kerana (1) menggunakan BM standard (2) bernombor jadi mudah fasilitator memberi tugasan kumpulan dan membuat penggredan (3) ceritanya pendek dan mudah bagi latihtubi kumpulan(4) sekaligus menjadi tesaurus/kamus kepada pelajar yang memiliki versi BI (5) corpus atau jadual kata melebihi perbendaharaan kata UPSR
* penguasaan bahasa pertama akan memudahkan penguasaan bahasa kedua
* perlu diperbetul dan diperbaiki bunyi sebutan bagi melahir expressive skills yang merangsang keyakinan diri dan self-esteem pelajar
* perlu menyahdialek dari bacaan supaya pelajar menguasai kesemua keperluan bahasa,
* aktiviti psychomotor dijurus kepada mencapai kefasihan bacaan, kerana kefasihan kayu ukur selamat menilai tahap sebenar pelajar
* set versi BI 366 Collection of Malaysian Folk Tales akan dibaca oleh pelajar nanti, maka akan memudahkan pemahaman sertamerta dan pembinaan vocabulary pula melebihi keperluan sukatan UPSR
* memperkenalkan kaedah coach-a-coach dalam budaya sekolah, yang boleh digunapakai bagi semua aktiviti semua pelajaran sebagai peer coaching

2- Grading of English language skills [Hidden Grammar in read aloud mode] using Ladybird's Key Word reading scheme 1 a - 12 c

Aktiviti berkumpulan menggunakan Set bacaan bergred (graded readers) bagi memulih false beginners dan menyediakan rangka acuan grammar untuk persediaan ke set seterusnya kerana

* set ini lasak dan mudah bagi latihtubi kumpulan serta boleh diguna serentak bagi pemulihan dan pengkayaan
* kelancaran dan kefasihan sehingga ke Level 6, iaitu separuh set, sudah boleh dijadikan ukuran pencapaian pelajar dalam markah penilaian sekolah serta UPSR, memandangkan sistem nahu BI sudah berpisah dari sistem nahu BM yang selama ini menimbulkan kekeliruan kerana kedua Bahasa berkongsi abjad serupa
* ia melibatkan aktiviti spelling dan tulisan kesemua kata kosa atau Key Words yang menjadi rangka ayat (lebih 70 % dalam setiap ayat terdiri dari key words)
* kesemua yang melepasi Level 6 sudah boleh mula berlatih menjadi coach kepada 10 pelajar lain mendaki Level 1 hingga 6
* pengulangan membaca sebagai coach berkali-kali akan memahatkan English grammar dan membawa kepada pemahaman
* kerana set ini merangsang semangat pertandingan dalam kumpulan, objektif ‘paling fasih buku tertinggi’ menyebabkan pelajar berebutan menjadi coach dengan berlatih di rumah secara diam-diam

3- Transition to second language track [Enhancing Listening Skills - Basic Literature in storytelling mode] using Utusan's 366 Collection of Malaysian Folk Tales

Aktiviti berkumpulan menggunakan Set bacaan cerita bernombor untuk memulih dan meningkat kemahiran mendengar, ditambah dengan bahan audio, bagi mengasingkan sistem bunyi BI kerana selama ini sebutan BI menggunakan sistem bunyi BM dalam pengajaran bahasa

* set ini terbaik kerana (1) ia terjemahan (2) bernombor jadi mudah fasilitator member tugasan kumpulan dan membuat penggredan (3) ceritanya pendek dan mudah bagi latihtubi kumpulan(4) sekaligus menjadi thesaurus/kamus kepada pelajar yang memiliki versi BM (5) corpus atau word count melebihi jadual perbendaharaan kata UPSR
* pemilihan pelajar luas mengikut minat dan genre atau selera masing masing
* boleh diguna serentak bagi pemulihan dan pengkayaan dengan memulakan bacaan dalam second language mode bagi pertandingan antara murid sebagaimana mereka beradu dalam peperiksaan bertulis
* dengan kelancaran dan kefasihan sehingga ke Level 6 iaitu tahap separuh set Keywords pelajar mudah maju ke tahap comprehension, dan ini boleh di kesan dari peningkatan pencapaian pelajar dalam markah penilaian peperiksaan kelas serta UPSR
* ia melibatkan aktiviti spelling and vocabulary, dan aktiviti penulisan ayat berstruktur
* kesemua yang fasih dan lancar pembacaan lebih dari 10 dari cerita dalam set itu sudah boleh mula berlatih menjadi coach kepada 10 pelajar lain bagi set ini
* kerana set ini merangsang semangat pertandingan dalam kumpulan, objektif ‘paling fasih buku tertinggi’ menyebabkan pelajar berebutan menjadi coach dengan berlatih di rumah

4- Writing and Grammar Practice using Times Educational Primary English for Malaysians 1A – 6 or Times Tutoring English as Second Language (remedial)

Aktiviti kumpulan secara latih tubi membaca dan dan menulis secara berstruktur semua Unit Items dalam sukatan. Ia menggunakan set latihan bergred yang memerlukan pelajar mula dari Item 1, dan seterusnya membawa pelajar ke tahap pre-intermediate. Selain dari sebab-sebab yang seperti di atas, ia juga

* sebagai persediaan kepada modul karangan Writing & Composition dalam Listening, Reading and Writing Practice Stage 2
* paling penting semua kerja tulis disemak dan dibuat pembetulan in situ, jadi pelajar tidak mewarisi kesilapan sebutan, ejaan dan nahu membawa hingga ke IPTA sebagaimana keadaan sekarang ini



0 comments:

Post a Comment