"Sandbar sanctuary Kuala Paka lang merah days"[30" x 40" oil painting by terengganu artist S Jamal]
-from lang merah series courtesy galeri tangsi-
Kaedah yang dicadangkan di sini diharap dapat membantu menyelesaikan belenggu yang dihadapi oleh ramai pelajar dalam sistem sedia ada yang terlalu menjurus kepada peperiksaan bertulis dan pencapaian atas kertas, sehingga wujud suatu budaya yang bertentangan dengan prinsip 'pendidikan untuk semua' kerana nyata sumber dan tenaga sekolah dikerahkan untuk pelajar cemerlang dan mengabaikan yang lemah. Seharusnya masalah ini ditangani segera, dan semua sekolah dipastikan mengamalkan budaya 'kitar semua' dan tidak memilih-milih dalam penumpuan dan proses pendidikan.
Justeru kaedah yang disyurkan mempunyai ciri 'interventionist*' bagi menampong langkah-langkah sedia ada dalam sistem sekolah bagi membantu pelajar lemah. Graf pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris yang berpiramid suatu isyarat nyata kepincangan berpunca dari kaedah pengajaran, memandangkan graf bagi matapelajaran lain mungkin berbentuk berlian.
Program bacaan meluas (extensive reading programme) yang berstruktur, menggunakan bahan menarik dan bertahap-tahap mengikut keupayaan semasa pelajar, ditambah dengan kaedah coach-a-coach, di mana piramid itu diterbalikkan (puncak kini paksi) menentukan semua pelajar terlibat dan saling membantu dalam perlaksanaan latihan dan aktiviti lanjutan.
[*Response to Intervention is the practice of identifying the needs of struggling students and providing them focused instruction they need through varying levels of assistance ranging from assistance in the regular classroom to assistance in a special education programme]
Kami gelarkan modul bantuan ini CERAP atau "Coach-a-Coach Extensive Reading Assistance Plan". Versi Bahasa Melayunya kami gelar Tunas Ehsan Rancangan Regu Amal Baca atau Terrabaca.
Kami usulkankan kaedah ini sebagai "special education programme" tersebut untuk dijadikan aktiviti sokongan atau program kokurikulum.
Kalau langkah "intervention" tidak diambil masalah 'kesilapan dan kekeliruan bahasa' dan kelemahan yang terbawa oleh pelajar hingga ke peringkat universiti akan berterusan.
Suatu contoh bagaimana 'kekeliruan bahasa' (stuck on the language) boleh membawa masalah dalam masyarakat [sehingga ulama, padri dan cendikiawan ikut terkeliru] ialah seperti soal polemik kalimah Allah dalam Injil Borneo, sebagaimana pernah diulas oleh Prof Syed Naquib Al-attas.
MOHON KONGSI MAKLUMAT DARI PENGALAMAN PELAKSANAAN LATIHAN
Sekiranya tuan puan pernah mencuba dan menggunakan latihan kaedah Terrabaca ini harap kongsi maklumat melalui email kepada kami, terutama kesan dan 'fine-tuning' yang dilakukan, untuk dimuatkan dalam Manual Coach-a-Coach yang sedang dalam proses penerbitan. Ide dan ulasan serta cadangan sama ada mengenai bahan atau kaedah akan dimuat dalam Manual kiranya sesuai.
0 comments:
Post a Comment