| Welcome to the LINUS Coach-a-Coach Express Games 2012 ....bringing expressive skills up to speed! |
PETIKAN DARI LAMPIRAN KERTAS KONSEP SALLEH OMAR
Managing an Interventionist Student-Centric Literacy Initiative: a Practice Manual for School Heads
Managing an Interventionist Student-Centric Literacy Initiative: a Practice Manual for School Heads
Inisiatif Terrabaca ini boleh membantu mengenalpasti bahan yang sesuai untuk memulakan kaedah yang dicadang sebagai satu program bina pengupayaan atau capacity building bagi membantu pelajar menguasai bahasa dengan lebih berkesan sebelum mereka meninggalkan bangku sekolah. Hanya melalui penguasaan kemahiran bahasa yang mantap pelajar mampu memacu dan maju dalam semua matapelajaran lain.
Yang paling penting pelajar dapat mengatasi kesan negatif diakibatkan dari momokan betapa sukarnya matapelajaran Bahasa, mula berkeyakinan diri tahap yang lebih tinggi dan dengan secara mendadak mengubah perspektif mereka mengenai pembelajaran.
APA ITU KAEDAH LATIH MELATIH PELATIH MEMBACA MELALUI KELAB TUNAS EHSAN?
RANCANGAN KELAB KOKURIKULUM AKADEMIK TUNAS EHSAN DI SEKOLAH
Pembelajaran yang berkesan hanya boleh bermula dari keupayaan pelajar membaca dan menulis, dan keupayaan ini biasanya lahir dari latih-amal berterusan. Kelab TUNAS EHSAN diwujud sebagai badan kokurikulum bagi meningkatkan tahap membaca dan menulis atau celik huruf secara mudah, sebagai suatu kaedah ‘campur tangan’ bentuk pendidikan tambahan. Objektif penubuhan Kelab TUNAS EHSAN untuk memperkayakan kurikulum sedia ada dan menyelamatkan mereka yang terkebelakang dalam proses pendidikan, sambil sekaligus membina dan mempertingkat keupayaan pelajar teratas.
Ia boleh mengganti budaya tuisyen yang dilalui pelajar hari ini apabila dipaksa mengulang bahan sama seperti di sekolah, yang dipelajari untuk peperiksaan semata-mata tanpa memberi tumpuan pada ikhtiar mengatasi mana-mana kelemahan atau masalah pembelajaran mereka. Ia juga menjejak kurikulum rasmi sambil menambah waktu belajar kerana pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh mencari ruang masa untuk menguasai bahan yang ditetapkan.
Tiada ragu lagi guru merupakan portal terbaik apabila mereka dapat bertindak sebagai fasilitator dalam proses pendidikan dengan menggalak dan menyediakan suasana bagi persekitaran pembelajaran yang lebih mencabar.
Di sini diperkenalkan rangka kaedah bagi menaikkan tahap mutu celik huruf (literacy enhancement) di sekolah melalui penubuhan Kelab TUNAS EHSAN. Kelab ini bertindak sebagai pemacu program bimbingan sesama rakan, yang digerakkan ke arah aktiviti membaca dan menulis secara meluas dan bertubi-tubi tetapi berstruktur. Tentunya kesemua pelajar perlu dilibatkan, kerana bukankah kita berdosa kiranya sebahagian daripada mereka diabaikan?
Pada asasnya belakang parang sekalipun jika diasah lagikan tajam!
![]() |
| Effect of first 100 minutes practice... expanding the supplemental education hour and going the extra mile |
Aktiviti Sekim Pembacaan Inisiatif Kelab TUNAS EHSAN (SPiK Tunas Ehsan) boleh dimulakan dengan bilangan maksimum 44 ahli dari pelajar tahun 6. Ahli-ahli dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri dari 10 pelajar + 1 koc yang dipilih. Buku yang disyorkan, 366 A Collection of Malaysian Folk Tales [Modul BILAS bagi pembacaan CERAP Bahasa Inggeris] dan Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia [Modul TEBAS bagi pembacaan KERAP Bahasa Melayu] mengandungi 366 cerita-cerita pendek yang menarik bagi pelajar memilih, melatih baca berulangkali dan akhirnya mula merakam bacaan setelah lancar dan fasih.
Sebagai suatu kaedah pemulihan, peneguhan dan pengkayaan, rangka latihan digubal bagi menerapkan keupayaan pelajar dalam keempat-empat kemahiran perlu pada pembelajaran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur. Tumpuan utama kaedah ini ialah pertamanya mengerakkan pelajar ke arah aktiviti pembacaan semaksimum mungkin bahan yang telah dipilih, sama ada buku atau buku berserta audio. Ia program pembacaan wajib yang dijalankan secara berkala oleh 4 kumpulan latihan dari setiap kelas di bawah pengawasan guru fasilitator.
Kaedah latihan digelar TUNAS EHSAN RANCANGAN REGU AMAL BACA, terrabaca atau coach-a-coach, kerana ia merupakan latihan rakan sebaya di mana kesungguhan dianggap komponen yang digred dan dinilai. Latihan membaca dijalankan oleh 4 kumpulan tersebut secara zihar (read aloud) dan berputar mengikut giliran sambil dibuat pembetulan berterusan oleh koc atau jurulatih bagi setiap kesilapan.
Tumpuan kepada kekerapan bagi mendapat kefasihan, atau kefasihan dari kekerapan, melahirkan pengukuhan yang perlu untuk mengekalkan apa yang sudah dipelajari. Ini penting dalam suasana di mana penggunaan bahasa formal amat terhad , kerana walaupun bahasa diajar tetapi tidak dipelajari. Ia kembali pada konsep asal bahawa bahasa itu perlu ada bunyinya. Dan bunyinya setepat mungkin! Ketrampilan ekspresi diri sudah mula menyerlah pada 1000 minit latihan pertama..........
![]() |
| After the first 500 minutes... recording and multimediating the event |
Ditambah pula dengan keperluan latihan menulis sebelum selesai setiap sesi latihan, yang diperiksa dan digred dengan serta-merta oleh rakan sebaya; maka ibubapa tidak lagi perlu resah akan gejala kerja rumah anak-anak yang tidak disemak dan diperbaiki oleh guru yang terlalu sibuk dengan urusan lain.
Guru yang mengendali pasukan-pasukan, sebagai fasilitator merangkap head coach kepada 4 pasukan misalnya, memastikan setiap pasukan tertumpu kepada suatu komponen modul, sambil mereka bertanding untuk menghabiskannya dan melangkah ke tahap lebih tinggi. Atau guru mengarahkan mereka beralih ke komponen lain, misalnya dari modul membaca kepada modul penceritaan atau pertuturan.
Latihan Kelab TUNAS EHSAN di sekolah seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya 2 sesi seminggu, setiap sesi waktu minimumnya 90 minit (1 jam bacaan + 30 minit menulis, mengeja & lain-lain latihan), supaya setiap pelajar dapat membaca sekurangnya selama 6 minit seorang sambil mendengar bacaan rakan selama 54 minit yang selebihnya, secara kasar. Jadi pada kadar seminggu, setiap pelajar telah membaca selama 12 minit dan mendengar selama 108 minit, menjadikannya 2 jam seminggu latihan membaca dan 1 jam aktiviti pengukuhan. Bandingkan suasana sebelum 1000 minit pertama ini.
Perlu juga diambil kira kesan aktiviti yang merangsang pelajar berlatih secara senyap-senyap sebagai persediaan, terutama dalam suasana kompetitif yang diwujudkan melalui pertandingan Best Storyteller, Best Reader, Best Coach, Best Group, Best Handwriting, Best Mimic, Best Speller, Best Recording, Best Group Audio Presenting dsb.. Jadi aktiviti Kelab TUNAS EHSAN dilanjutkan melangkaui waktu sekolah kerana ahli-ahli berlatih untuk penyertaan LINUS Coach-a-Coach Express Games yang antara lain memerlukan setiap pasukan memilih dua ahli yang terbaik untuk merakamkan bacaan mana-mana dari 366 cerita itu, bagi dimuatnaik ke dalam portal sekolah bagi dinilai warga sekolah misalnya.
Rakaman itu juga boleh digunakan bagi melatih kumpulan baru yang menyertai Kelab TUNAS EHSAN, sekaligus mewujudkan skema yang membiak, atau lebih tepat terTUNASnya bakal koc. Begitu juga penambahan bilangan rakaman bagi dinilai oleh rakan sebaya, dan yang terpilih boleh menjadi bahan audio untuk latihan seterusnya. Ini juga memberi peluang bagi guru menilai dan mengatur semula bahan mengikut pencapaian pelajar dalam kumpulan, mengikut minat dan tahap pelajar.
![]() |
| After the first 900 minutes... further reading, fluency and reading for pleasure with pleasure |
Melalui Kaedah coach-a-coach ini Guru juga dapat mencerna kemahiran dan kefasihan kendiri. Juga telah sedia terbina dalam kaedah ini sistem mencambahkan koc atau coach breeding. Guru sebagai fasilitator diberi tugas menentukan aktiviti latih melatih pelatih bagi memastikan penyertaan pelatih bertambah bagi menjayakan program ini. Dengan pengukuhan kemahiran asasi bahasa kita akan berjaya menentukan wujudnya 'level playing field" kerana "grading is also based on effort".
KAEDAH KELAB TUNAS EHSAN
1. Setiap kumpulan bersepuluh akan beradu menghabiskan set bacaan yang ditetapkan di bawah bimbingan seorang koc atau pembantu koc yang dipilih oleh guru kelas dari kalangan ahli kumpulan.
2. Setiap kumpulan dalam kelas akan bertanding untuk melahirkan pembaca terbaik, dan mereka yang meningkat dalam pembacaan boleh memilih masuk kumpulan lebih baik yang digred ikut tahap A, B, C dan D.
3. Setiap pelajar akan berpeluang dilantik koc atau pembantu koc berdasarkan pencapaian dalam pembacaan serta jumlah jam yang mereka sumbangkan membantu rakan kumpulan yang masih lemah.
4. Penentuan markah akan berdasarkan kefasihan, penyebutan, usaha dan semangat kerjasama yang ditunjukkan setiap pelajar dalam menentukan tahap kumpulan.
5. Kaedah yang digunakan untuk latihan hendaklah kaedah coach-a-coach.
![]() |
| The other 1000 minutes... student's own practice time and place- a coaching station in action |
Matlamat utama penubuhan Kelab TUNAS EHSAN ialah:
+ Membantu sekolah mewujudkan mekanisma pembacaan atau "install an ongoing reading mechanism into the learning culture" melalui Kelab TUNAS EHSAN yang merupakan aktiviti latihan berstruktur dan berdasarkan kaedah "the student is the syllabus". Ianya satu kaedah yang mencari tahap sebenar pelajar kerana bahan bacaan yang dipilih bergred dan menjadi "automatic diagnostic aid", yang kemudiannya memudahkan pemilihan bahan dan latihan yang tepat ke sasaran, serta mengubah pelajar dari sikap tidak minat membaca kepada mereka yang dipanggil "avid readers".
+ Sekolah boleh menggunakan Kelab TUNAS EHSAN sebagai persediaan pelajar mewakili sekolah dalam mana-mana aktiviti, misalnya mereka yang akan menyertai mana-mana pertandingan Bahasa. Selama ini sekolah begitu terikat dengan sebilangan kecil pelajar cerdas, jadinya orang yang sama juga yang selalu disuakan mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan sebegitu. Kelab TUNAS EHSAN memperluaskan pilihan sekolah dan memberi ruang kepada pelajar lemah untuk menyertai semua aktiviti setelah kelemahan diatasi.
+ mengikut peningkatan keupayaan. Pelajar yang tertinggal dengan itu akan diberi perhatian lebih oleh rakan koc. Kerjasama PIBG dan sekolah melaksanakan Kelab TUNAS EHSAN merupakan prinsip teras program, iaitu ia tidak boleh membebankan kewangan sekolah, dan tidak juga mengganggu jadual sedia ada.
+ Di harap kaedah ini akan memulakan trend tuisyen ala francais kampung ('barefoot doctor' franchise) untuk menambah bilangan koc kerana sesiapa yang berminat boleh dilatih mengendalikan kumpulan Kelab TUNAS EHSAN di rumah untuk menampung dan mewujudkan kumpulan belajar bersama anak yang culas belajar. Aktiviti kumpulan penting untuk mewujudkan "group dynamism". 'Barefoot reading instructors' yang boleh memberi sumbangan di sekolah-sekolah pedalaman misalnya.
+ Ia dirangka sebagai program tambahan yang sekaligus mempunyai ciri-ciri pemulihan dan pengkayaan bagi mengisitambun kekurangan dan kelemahan dengan menggunakan pendekatan kemahiran mendengar, membaca dan menulis berstruktur, yang pasti menaikkan tahap kebolehbacaan serta pencapaian pelajar secara umumnya dalam pengajian mereka. INI CARA MELONJAKKAN PELAJAR KE TAHAP BAHASA KEDUA (from foreign language to second language mode), yang memerlukan kemahiran penggunaan bahasa dalam karang mengarang dan pertuturan.
+ Melalui Kaedah coach-a-coach ini pelajar bukan sahaja dapat mencerna dan menCERAP kemahiran membaca, malah telah sedia terbina dalam kaedah ini sistem penambahan automatik bilangan koc apakala program semakin matang. Salah satu dari kesan kaedah ini ialah bagaimana koc yang diberi tugas melatih begitu berjaya menaikkan pencapaian kemahiran diri tatkala melaksanakan program ini.
+ Hasil dari pengukuhan kemahiran baru ini, pelajar pasti akan mula menyayangi buku, dan biasanya ramai yang akan menawarkan diri untuk terus menjadi koc walaupun sudah selesai masa yang ditetapkan. Kaedah KelabTunas Ehsan memastikan mereka belajar dalam suasana kompetitif kerana ada unsur perlumbaan bagi mencapai tahap yang ditentukan, juga bagi mengekalkan minat berlatih, beserta suasana seronok dan gembira mereka kerana kemajuan ketara selepas menu modul bahan dihabisi!
PROGRAM CERAP MELALUI PERTANDINGAN
![]() |
| After the first 1000 minutes... Finalist in action; peer review of proof of the pudding |
MANUAL PROGRAM CERAP & KERAP BAHASA MELALUI PERTANDINGAN
LINUS COACH-A-COACH EXPRESS GAMES 2012
Rencana Pelajaran dan Kaedah bagi Latihan Dengar Baca Tulis Peringkat 1 /
Lesson and Method Plan for Listening, Reading and Writing Practice Stage 1
[Tahap 2 / UPSR (PMR/SPM pemulihan)]
1. Saringan kemahiran Bahasa Pertama untuk pemilihan coach menggunakan Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia terbitan Utusan /DEMONSTRASI RUKUN PERTANDINGAN/ LATIHAN SARINGAN BAKAL Coach/
[Screening of first language
skills using Utusan's Himpunan
366 Cerita Rakyat Malaysia/ Game Rules and Identifying the coaches][Tahap 2 / UPSR (PMR/SPM pemulihan)]
1. Saringan kemahiran Bahasa Pertama untuk pemilihan coach menggunakan Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia terbitan Utusan /DEMONSTRASI RUKUN PERTANDINGAN/ LATIHAN SARINGAN BAKAL Coach/
Aktiviti berkumpulan bagi mengred terlebih dahulu kemahiran dalam bahasa pertama dengan tugasan SALIN, BACA DAN RAKAM/ copy, read and record:
+ set ini terbaik dan paling sesuai sebagai "class readers" kerana (i) menggunakan BM standard (ii) bernombor jadi mudah fasilitator memberi tugasan kumpulan dan membuat penggredan (iii) ceritanya pendek dan mudah bagi latihtubi kumpulan(iv) sekaligus menjadi tesaurus/kamus kepada pelajar yang memiliki versi BI (v) corpus atau jadual kata melebihi perbendaharaan kata UPSR
+ penguasaan bahasa pertama akan memudahkan penguasaan bahasa kedua
+ perlu diperbetul dan diperbaiki bunyi sebutan bagi melahir expressive skills yang merangsang keyakinan diri dan self-esteem pelajar
+ perlu menyahdialek dari bacaan supaya pelajar menguasai kesemua keperluan bahasa
+ aktiviti psychomotor dijurus kepada mencapai kefasihan bacaan, kerana kefasihan kayu ukur selamat menilai tahap sebenar pelajar
+ set versi Bahasa Inggeris 366 Collection of Malaysian Folk Tales akan dibaca oleh pelajar nanti, maka akan memudahkan pemahaman sertamerta dan pembinaan vocabulary pula melebihi keperluan sukatan UPSR
+ memperkenalkan kaedah coach-a-coach dalam budaya sekolah, yang boleh digunapakai bagi semua aktiviti semua pelajaran sebagai aktiviti peer coaching.
2. Mengred kemahiran Bahasa Inggeris menggunakan Ladybird's Key Word reading scheme
[Grading of English language skills [Hidden Grammar in read aloud mode] using Ladybird's Key Word reading scheme]
Aktiviti berkumpulan menggunakan Set bacaan bergred (graded readers) bagi memulih false beginners dan menyediakan rangka acuan grammar untuk persediaan ke set seterusnya dengan tugasan BACA DAN EJA/ say and spell:
+ set ini lasak dan mudah bagi latihtubi kumpulan serta boleh diguna serentak bagi pemulihan dan pengkayaan
+ kelancaran dan kefasihan sehingga ke Level 6 (iaitu separuh set) sudah boleh dijadikan ukuran pencapaian pelajar dalam markah penilaian sekolah serta UPSR, memandangkan sistem nahu BI sudah berpisah dari sistem nahu BM yang selama ini menimbulkan kekeliruan kerana kedua Bahasa berkongsi abjad serupa
+ ia melibatkan aktiviti spelling dan writing kesemua kata kosa atau Key Words yang menjadi rangka ayat (lebih 70 % dalam setiap ayat terdiri dari key words)
+ kesemua yang melepasi Level 6 sudah boleh mula berlatih menjadi coach kepada 10 pelajar lain mendaki Level 1 hingga 6
+ pengulangan membaca sebagai coach berkali-kali akan memahatkan English grammar dan membawa kepada pemahaman
+ kerana set ini merangsang semangat pertandingan dalam kumpulan, objektif ‘paling fasih tahap buku tertinggi’ menyebabkan pelajar berebutan menjadi coach dengan berlatih di rumah secara ‘diam-diam’
3. Peralihan ke Bahasa kedua menggunakan 366 Collection of Malaysian Folk Tales
[Transition to second language track [Enhancing Listening Skills - Basic Literature in storytelling mode] using Utusan's 366 Collection of Malaysian Folk Tales]
Aktiviti berkumpulan menggunakan Set bacaan cerita bernombor untuk memulih dan meningkat kemahiran mendengar, ditambah dengan bahan audio, bagi mengasingkan sistem bunyi Bahasa Inggeris yang selama ini sebutannya menumpang sistem bunyi Bahasa Melayu dalam pengajaran bahasa dengan tugasan BACA, TULIS DAN RAKAM/ read, write and record:
+ set ini terbaik kerana (1) ia terjemahan (2) bernombor jadi mudah fasilitator memberi tugasan kumpulan dan membuat penggredan (3) ceritanya pendek dan mudah bagi latihtubi kumpulan(4) sekaligus menjadi thesaurus/kamus kepada pelajar yang memiliki versi Bahasa Melayu (5) corpus atau word count melebihi jadual perbendaharaan kata UPSR
+ pilihan pelajar luas mengikut minat dan genre atau selera masing masing
+ boleh diguna serentak bagi pemulihan, pemerkasaan dan pengkayaan (remedial. reinforcement, enrichment ) dengan memulakan bacaan bersifat second language mode bagi pertandingan antara murid sebagaimana mereka beradu dalam peperiksaan bertulis
+ dengan kelancaran dan kefasihan sehingga ke Level 6 iaitu tahap separuh set Keywords pelajar mudah maju ke tahap comprehension, dan ini boleh di kesan dari peningkatan pencapaian pelajar dalam markah penilaian peperiksaan kelas serta UPSR
+ ia melibatkan aktiviti spelling and vocabulary, dan aktiviti penulisan ayat berstruktur
+ kesemua yang fasih dan lancar pembacaan lebih dari 10 dari cerita dalam set itu sudah boleh mula berlatih menjadi coach kepada 10 pelajar lain bagi set sebelum ini
+ kerana set ini merangsang semangat pertandingan dalam kumpulan, objektif ‘paling fasih buku tertinggi’ menyebabkan pelajar berebutan menghabisi modul.
4. Latihan menulis dan Nahu menggunakan Times Educational Primary English for Malaysians 1A – 6 atau Times Tutoring English as Second Language
[Writing and Grammar Practice using Times Educational Primary English for Malaysians 1A – 6 or Times Tutoring English as Second Language (remedial) from read aloud to write-a-lot]
Aktiviti kumpulan secara latih tubi membaca dan menulis secara berstruktur semua Unit Items dalam sukatan KBSR. Ia menggunakan set latihan bergred yang memerlukan pelajar mula dari Item 1, dan seterusnya membawa pelajar ke tahap pre-intermediate, dengan tugasan BACA DAN TULIS HABIS: read and complete all written exercises
+ selain dari sebab-sebab yang seperti di atas, ia juga sebagai persediaan kepada modul karangan Writing & Composition dalam Listening, Reading and Writing Practice Stage 2
+ paling penting semua kerja tulis disemak dan dibuat pembetulan in situ, jadi pelajar tidak mewarisi kesilapan sebutan, ejaan dan nahu membawa hingga ke IPTA sebagaimana keadaan sekarang ini.
![]() |
| After the first million minutes of reading... the crème de la crème from practice |
Copyright
Terrabaca Management - (TR0094214-T)







0 comments:
Post a Comment