Rancangan TUNAS EHSAN - Puncak kini Paksi!
Meningkatkan tahap membaca dan menulis melalui Kelab TUNAS EHSANPembelajaran yang berkesan hanya boleh bermula dari keupayaan pelajar membaca dan menulis, dan keupayaan ini biasanya lahir dari latih amal berterusan. Kelab TUNAS EHSAN meningkatkan tahap membaca dan menulis atau celik huruf cara mudah sebagai suatu kaedah ‘campur tangan’ berbentuk tambahan. Kelab TUNAS EHSAN bertujuan memperkayakan kurikulum sedia ada dan menyelamatkan mereka yang terkebelakang dalam proses pendidikan, sambil sekaligus membina dan mempertingkat keupayaan pelajar teratas.
Ia boleh mengganti budaya tusyen yang dilalui pelajar hari ini apabila dipaksa mengulang bahan sama seperti di sekolah, yang dipelajari untuk peperiksaan semata-mata tanpa memberi tumpuan pada ikhtiar mengatasi mana-mana kelemahan atau masalah pembelajaran mereka. Ia juga menjejak kurikulum rasmi sambil menambah waktu belajar kerana pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh mencari ruang masa untuk menguasai bahan yang ditetapkan.
Tiada ragu lagi
guru merupakan portal terbaik apabila mereka dapat bertindak sebagai fasilitator dalam proses pendidikan dengan menggalak dan menyediakan suasana bagi persekitaran pembelajaran yang lebih mencabar.
Portal ini memperkenalkan rangka kaedah bagi menaikkan tahap mutu celik huruf di sekolah melalui penubuhan Kelab TUNAS EHSAN. Kelab ini bertindak sebagai pemacu program bimbingan sesama rakan, yang digerakkan ke arah aktiviti membaca dan menulis secara meluas dan bertubi-tubi tetapi berstruktur. Tentunya kesemua pelajar perlu dilibatkan, kerana bukankah kita berdosa kiranya sebahagian daripada mereka diabaikan?
Pada asasnya belakang parang sekalipun jika diasah lagikan tajam!SILA BACA SETERUSNYA...Kami mensasarkan laman ini khusus bagi para guru dan ibubapa yang sedang mencari ikhtiar tentang bagaimana menaikkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris anak-anak, atau yang sedang mencari kaedah yang boleh merumuskan kebelengguan serta yang tertanya-tanya kenapa tiada pencapaian walaupun berbagai langkah pembaikan telah dilakukan.
Inisiatif Akademi Terrabaca ini boleh membantu mengenalpasti bahan yang sesuai untuk memulakan kaedah yang dicadang sebagai satu program
"capacity building" bagi membantu pelajar menguasai bahasa dengan lebih berkesan sebelum mereka meninggalkan bangku sekolah. Hanya melalui penguasaan kemahiran bahasa yang mantap pelajar mampu memacu dan maju dalam semua matapelajaran lain.
Yang paling penting pelajar dapat mengatasi kesan negatif diakibatkan dari momokan betapa sukarnya Bahasa, mula berkeyakinan diri tahap yang lebih tinggi dan dengan secara mendadak mengubah perspektif mereka mengenai pembelajaran.
Matlamat utama penubuhan Kelab TUNAS EHSAN ialah:
*
Membantu sekolah mewujudkan mekanisma pembacaan atau
"install an ongoing reading mechanism into the learning culture" melalui Kelab TUNAS EHSAN yang merupakan aktiviti latihan berstruktur dan berdasarkan kaedah
"the student is the syllabus". Ianya satu kaedah yang mencari tahap sebenar pelajar kerana bahan bacaan yang dipilih bergred dan menjadi
"automatic diagnostic aid", yang kemudiannya memudahkan pemilihan bahan dan latihan yang tepat ke sasaran, serta mengubah pelajar dari sikap tidak minat membaca kepada mereka yang dipanggil
"avid readers".*
Sekolah boleh menggunakan Kelab TUNAS EHSAN sebagai persediaan pelajar mewakili sekolah dalam mana-mana aktiviti, misalnya mereka yang akan menyertai mana-mana pertandingan Bahasa. Selama ini sekolah begitu terikat dengan sebilangan kecil pelajar cerdas, jadinya orang yang sama juga yang selalu disuakan mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan sebegitu. Kelab TUNAS EHSAN memperluaskan pilihan sekolah dan memberi ruang kepada pelajar lemah untuk menyertai semua aktiviti setelah kelemahan diatasi.
*
Ia juga membantu ibubapa mengambil langkah pemulihan melalui kaedah yang memudahkan mereka memantau kemajuan pelajar kerana bahan yang digunakan digred mengikut tahap pelajar dan boleh ditambah beransur-ansur mengikut peningkatan keupayaan. Pelajar yang tertinggal dengan itu akan diberi perhatian lebih oleh rakan koc. Kerjasama PIBG dan sekolah melaksanakan Kelab TUNAS EHSAN merupakan prinsip teras program, iaitu ia tidak boleh membebankan kewangan sekolah, dan tidak juga mengganggu jadual sedia ada. Di harap kaedah ini akan memulakan
trend tuisyen
ala francais kampung (
barefoot franchise) untuk menambah bilangan koc kerana sesiapa yang berminat boleh dilatih mengendalikan kumpulan Kelab TUNAS EHSAN di rumah untuk menampung dan mewujudkan kumpulan belajar bersama anak yang culas belajar. Aktiviti kumpulan penting untuk mewujudkan
"group dynamism".
*
Ia dirangka sebagai program tambahan yang sekaligus mempunyai ciri-ciri pemulihan dan pengkayaan bagi mengisitambun kekurangan dan kelemahan dengan menggunakan pendekatan kemahiran mendengar, membaca dan menulis berstruktur, yang pasti menaikkan tahap kebolehbacaan serta pencapaian pelajar secara umumnya dalam pengajian mereka. INI CARA MELONJAKKAN PELAJAR KE TAHAP BAHASA KEDUA, yang memerlukan kemahiran penggunaan bahasa dalam karang mengarang dan pertuturan.
Melalui Kaedah coach-a-coach ini pelajar bukan sahaja dapat mencerna dan menCERAP kemahiran membaca, malah telah sedia terbina dalam kaedah ini sistem penambahan automatik bilangan koc apakala program semakin matang. Salah satu dari kesan kaedah ini ialah bagaimana koc yang diberi tugas melatih begitu berjaya menaikkan pencapaian kemahiran diri tatkala melaksanakan program ini.
Hasil dari pengukuhan kemahiran baru ini, pelajar pasti akan mula menyayangi buku, dan biasanya ramai yang akan menawarkan diri untuk terus menjadi koc walaupun sudah selesai masa yang ditetapkan.
KAEDAH KELAB TUNAS EHSAN MEMASTIKAN MEREKA BELAJAR DALAM SUASANA KOMPETITIF KERANA ADA UNSUR PERLUMBAAN BAGI MENCAPAI TAHAP YANG DITENTUKAN, JUGA BAGI MENGEKALKAN MINAT BERLATIH, BESERTA SUASANA SERONOK DAN GEMBIRA MEREKA KERANA KEMAJUAN KETARA SELEPAS MENU MODUL BAHAN DIHABISI!
Rancangan TUNAS EHSAN di sekolah - Puncak kini Paksi
RANCANGAN TUNAS EHSAN DI SEKOLAHKelab TUNAS EHSAN boleh dimulakan dengan bilangan maksimum 44 ahli dari pelajar tahun 6. Ahli-ahli dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri dari 10 pelajar + 1 koc yang dipilih. Buku yang disyorkan, 366 A Collection of Malaysian Folk Tales [bagi pembacaan Bahasa Inggeris] dan Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia [bagi pembacaan Bahasa Melayu] mengandungi 366 cerita-cerita pendek yang menarik bagi pelajar memilih, melatih baca berulangkali dan akhirnya mula merakam bacaan setelah lancar dan fasih.
Sebagai suatu kaedah pemulihan serta pengkayaan rangka pelajaran digubal bagi menerapkan keupayaan pelajar dalam keempat-empat kemahiran perlu pada pembelajaran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur. Tumpuan utama kaedah ini ialah pertamanya mengerakkan pelajar ke arah aktiviti pembacaan semaksimum mungkin bahan yang telah dipilih, sama ada buku atau buku berserta audio. Ia program pembacaan wajib yang dijalankan secara berkala oleh 4 kumpulan latihan dari setiap kelas di bawah pengawasan guru.
Kaedah latihan dipanggil RANCANGAN REGU AMAL BACA,
terrabaca atau
coach-a-coach kerana ia merupakan latihan rakan sebaya di mana kesungguhan dianggap komponen yang digred dan dinilai. Latihan membaca dijalankan oleh 4 kumpulan tersebut secara zihar (read aloud) dan berputar mengikut giliran sambil dibuat pembetulan berterusan oleh koc atau jurulatih bagi setiap kesilapan. Tumpuan kepada kekerapan bagi mendapat kefasihan, atau kefasihan dari kekerapan, melahirkan pengukuhan yang perlu untuk mengekalkan apa yang sudah dipelajari. Ini penting dalam suasana di mana penggunaan bahasa formal amat terhad , kerana walaupun bahasa diajar tetapi tidak dipelajari. Ia kembali pada konsep asal bahawa bahasa itu perlu ada bunyinya. Dan bunyinya setepat mungkin!
Ditambah pula dengan keperluan latihan menulis sebelum selesai setiap sesi latihan, yang diperiksa dan digred dengan serta-merta oleh rakan sebaya; maka ibubapa tidak lagi perlu resah akan gejala kerja rumah anak-anak yang tidak disemak dan diperbaiki oleh guru yang terlalu sibuk dengan urusan lain.
Guru yang mengendali pasukan-pasukan, sebagai
head coach kepada 4 pasukan misalnya, memastikan setiap pasukan tertumpu kepada suatu komponen modul, sambil mereka bertanding untuk menghabiskannya dan melangkah ke tahap lebih tinggi. Atau guru mengarahkan mereka beralih ke komponen lain, misalnya dari modul membaca kepada modul penceritaan atau pertuturan.
Latihan Kelab TUNAS EHSAN di sekolah seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya 2 sesi seminggu, setiap sesi waktu minimumnya 90 minit (1 jam bacaan + 30 minit menulis, mengeja & lain-lain latihan), supaya setiap pelajar dapat membaca selama 6 minit seorang sambil mendengar bacaan rakan selama 54 minit yang selebihnya, secara kasar. Jadi pada kadar seminggu, setiap pelajar telah membaca selama 12 minit dan mendengar selama 108 minit, menjadikannya 2 jam seminggu latihan membaca dan 1 jam aktiviti pengukuhan.
Perlu juga diambil kira kesan aktiviti yang merangsang pelajar berlatih secara senyap-senyap sebagai persediaan, terutama dalam suasana kompetitif yang diwujudkan. Jadi aktiviti Kelab TUNAS EHSAN dilanjutkan melangkaui waktu sekolah kerana ahli-ahli berlatih untuk penyertaan
English Coaching Games yang antara lain memerlukan setiap pasukan memilih dua ahli yang terbaik untuk merakamkan bacaan mana-mana dari 366 cerita itu, bagi dimuatnaik ke dalam portal AKADEMI TERRABACA.
Rakaman itu juga boleh digunakan bagi melatih kumpulan baru yang menyertai Kelab TUNAS EHSAN, sekaligus mewujudkan skema yang membiak, atau lebih tepat terTUNASnya bakal koc. Begitu juga penambahan bilangan rakaman bagi dinilai oleh rakan sebaya, dan yang terpilih boleh menjadi bahan audio untuk latihan seterusnya. Ini juga memberi peluang bagi guru menilai dan mengatur semula bahan mengikut pencapaian pelajar dalam kumpulan.
Melalui Kaedah coach-a-coach ini Guru juga dapat mencerna kemahiran membaca, malah telah sedia terbina dalam kaedah ini sistem
coach breeding. Guru diberi tugas menentukan aktiviti
latih melatih pelatih bagi memastikan penyertaan pelatih bertambah bagi menjayakan program ini.
Dengan pengukuhan kemahiran asasi bahasa kita akan berjaya menentukan wujudnya
'level playing field" kerana
"grading is also based on effort". Pada asasnya belakang parang sekalipun jika diasah lagikan tajam!KAEDAH KELAB TUNAS EHSAN1. Setiap kumpulan bersepuluh akan beradu menghabiskan set bacaan yang ditetapkan di bawah bimbingan seorang koc atau pembantu koc yang dipilih oleh guru kelas dari kalangan ahli kumpulan.
2. Setiap kumpulan dalam kelas akan bertanding untuk melahirkan pembaca terbaik, dan mereka yang meningkat dalam pembacaan boleh memilih masuk kumpulan lebih baik yang digred ikut tahap A, B, C dan D.
3. Setiap pelajar akan berpeluang dilantik koc atau pembantu koc berdasarkan pencapaian dalam pembacaan serta jumlah jam yang mereka sumbangkan membantu rakan kumpulan yang masih lemah.
4. Penentuan markah akan berdasarkan kefasihan, penyebutan, usaha dan semangat kerjasama yang ditunjukkan setiap pelajar dalam menentukan tahap kumpulan.
5. Kaedah yang digunakan untuk latihan hendaklah kaedah coach-a-coach.